In the year 1989, a vision was born – a vision to provide Malaysians with the purest form of natural mineral water.
This vision materialised into Spritzer, a trailblazer in the Malaysian bottled water industry. With a commitment to
innovation, sustainability, and delivering delicious hydration solutions, Spritzer has evolved into a leader, setting
high standards in manufacturing, distribution, marketing, and sales.
Serving 30 Years Of Sheer Excellence
For over three decades, Spritzer has been synonymous with excellence in the bottled water industry. From its humble
beginnings in 1989 to its current status as a pioneer and innovator, the group's journey reflects a steadfast commitment
to quality, sustainability, and customer satisfaction. As Spritzer continues to lead the way forward, it not only quenches
the thirst of millions but also sets a refreshing standard for responsible and innovative business practices in Malaysia.
Protecting Nature's Gift
Spritzer’s journey begins with its pristine natural mineral water, sourced from a 400-acre rainforest site in Taiping, Perak.
Established with the foresight to protect this invaluable resource from damages and pollutants, the group employs
state-of-the-art ideas, techniques, and machinery. The manufacturing plants are equipped with advanced bottling technology,
ensuring that every drop meets the exceptionally high Spritzer standards.
Pada tahun 1989, satu visi telah tercetus – visi untuk membekalkan air mineral semula jadi yang paling tulen kepada rakyat Malaysia.
Visi ini telah menjadi kenyataan melalui Spritzer, pelopor dalam industri air botol di Malaysia. Dengan komitmen terhadap inovasi,
kelestarian, dan menyediakan penyelesaian penghidratan yang sesuai dengan selera, Spritzer telah berkembang menjadi peneraju,
menetapkan piawaian tinggi dalam pembuatan, pengedaran, pemasaran, dan jualan.
30 Tahun Kegemilangan Spritzer
Spritzer telah menjadi sinonim dengan kecemerlangan dalam industri air botol selama lebih tiga dekad. Bermula dari permulaan
yang sederhana pada tahun 1989 hingga statusnya kini sebagai pelopor dan inovator, perjalanan syarikat ini mencerminkan
komitmen teguh terhadap kualiti, kelestarian, dan kepuasan pelanggan. Dalam usahanya untuk terus menerajui industri, Spritzer
bukan sahaja telah berjaya memuaskan dahaga jutaan orang, tetapi juga telah menetapkan standard baru untuk amalan
perniagaan yang bertanggungjawab dan inovatif di Malaysia.
Melindungi Anugerah Alam
Perjalanan Spritzer bermula dengan air mineral semula jadinya yang tulen, yang bersumber dari tapak hutan hujan seluas 400
ekar di Taiping, Perak. Ditubuhkan dengan wawasan untuk melindungi sumber berharga ini daripada kerosakan dan pencemaran,
syarikat ini menggunakan idea-idea canggih, teknik, dan mesin yang terkini. Kilang pembuatan Spritzer dilengkapi dengan teknologi
pembotolan moden, memastikan setiap titisan air memenuhi piawaian Spritzer yang amat tinggi. Komitmen syarikat terhadap kualiti
dan kelestarian terserlah melalui pelaburan berterusan dalam inovasi dan pemeliharaan alam sekitar
A Team of Experts
Behind Spritzer's success stands a team of highly trained and expertly qualified professionals. The group prides itself on having
individuals who are passionate about their craft, dedicated to upholding quality, and are at the forefront of the industry's best
practices. Automation complements their efforts, enhancing efficiency and precision in every stage of the manufacturing process.
Innovations for a Sustainable Future
Spritzer’s commitment to innovation extends beyond the quality of its water. The group is dedicated to environmental sustainability,
evident in its latest development – environmentally friendly packaging. In a pioneering move for Malaysia, Spritzer has introduced recycled
plastics for its bottles, setting an example for the industry. The bottles are not only environmentally conscious but also fully recyclable
from cap to label.
Sustainable Packaging
Taking a proactive approach, Spritzer participates in self-regulatory bodies, demonstrating a commitment that goes beyond regulatory
requirements. The group's shift towards recycled plastics aligns with global efforts to reduce the environmental impact of packaging
materials. This forward-thinking initiative represents a significant stride in creating a cleaner and friendlier design, showcasing
Spritzer's dedication to responsible business practices.
Diverse Product Line
Spritzer Group commitment to providing delicious water extends beyond its natural mineral water. The product line includes non-carbonated
fruit-flavoured drinks, each meticulously curated to meet diverse consumer needs. From hydration to indulgence, Spritzer Group caters
to a wide range of tastes and preferences.
Pasukan Pakar
Kejayaan Spritzer diterajui oleh sekumpulan profesional yang terlatih dan berkelayakan tinggi. Syarikat ini memanfaatkan kepakaran
individu yang bersemangat dalam bidang mereka, berdedikasi terhadap pengekalan kualiti, dan sentiasa menerapkan amalan terbaik industri.
Penggunaan automasi melengkapi usaha mereka, meningkatkan kecekapan dan ketepatan dalam setiap peringkat proses pengeluaran.
Gabungan kepakaran manusia dan teknologi moden ini memastikan Spritzer terus mengekalkan kedudukan sebagai peneraju dalam industri air
mineral semula jadi.
Inovasi untuk Masa Depan yang Lestari
Komitmen Spritzer terhadap inovasi melangkaui kualiti airnya semata-mata. Syarikat ini amat mementingkan kelestarian alam sekitar,
seperti yang terbukti melalui inovasi terbarunya – pembungkusan mesra alam. Sebagai peneraju utama di Malaysia, Spritzer telah
memperkenalkan penggunaan plastik kitar semula untuk botol-botolnya, sekali gus menjadi contoh ikutan dalam industri. Dengan reka
bentuk yang membolehkan kitar semula sepenuhnya dari penutup hingga label, botol-botol ini mencerminkan komitmen Spritzer terhadap
kelestarian alam sekitar.
Pembungkusan Yang Lestari
Spritzer tidak hanya patuh pada peraturan, malah mengambil pendekatan proaktif dengan menyertai badan kawal selia kendiri. Ini menunjukkan
komitmen mereka terhadap kelestarian alam sekitar yang melangkaui keperluan undang-undang. Penggunaan plastik kitar semula oleh Spritzer
sejajar dengan usaha global untuk mengurangkan impak pembungkusan terhadap alam sekitar. Inisiatif berwawasan ini merupakan langkah
penting dalam mewujudkan reka bentuk yang lebih bersih dan mesra alam, sekali gus mempamerkan dedikasi Spritzer terhadap amalan perniagaan
yang bertanggungjawab.
Kepelbagaian Rangkaian Produk
Komitmen Spritzer Group dalam menyediakan air yang lazat tidak terhenti pada air mineral semula jadinya sahaja. Rangkaian produk mereka
turut merangkumi minuman berperisa buah tanpa karbonat, yang setiap satunya diadun dengan teliti untuk memenuhi keperluan pengguna yang
pelbagai. Spritzer Group menawarkan pelbagai pilihan minuman, dari yang sekadar menghilangkan dahaga hinggalah kepada pilihan yang
memanjakan diri, semuanya bagi memenuhi pelbagai citarasa dan kehendak pengguna.