Panaskan air Spritzer Sparkling sehingga mendidih, tambah gula dan daun Rosmeri dan kacaukan. Setelah gula larut sepenuhnya, matikan api dan biarkan sejuk. Asingkan daun rosemeri setelah sirap sejuk sepenuhnya. (Sirap Rosemeri)
Hiriskan buah pic untuk hiasan.
Kisarkan pic sehingga menjadi puri.
Masukkan 30ml sirap Rosmeri ke dalam gelas.
Isikan ⅓ gelas dengan puri pic.
Masukkan ketulan ais dan juga hirisan pic.
Isikan air Spritzer Sparkling dalam gelas dan hiaskan degan daun rosmeri.