Terma & Syarat
1. Kelayakan Penganjur
- Penganjuran Peraduan Spritzer “Kelas Tersendiri” adalah oleh Chuan Sin Sdn Bhd dan dengan penyertaan peraduan ini, anda bersetuju dengan terma dan syarat yand telah dinyatakan.
- Tanpa notis terlebih dahulu, Chuan Sin Sdn Bhd berhak untuk menamatkan peradua ini pada bila bila masa.
- Chuan Sin Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian, kerosakan atau perbelanjaan yang diakibatkan apabila anda menyertai Peraduan Spritzer “Kelas Tersendiri”.
- Chuan Sin Sdn Bhd berhak untuk menukar, meminda, memadam ataupun menambah terma dan syarat Peraduan Spritzer “Kelas Tersendiri” ini pada bila bila masa, tanpa notis terlebih dahulu.
- Dengan penyertaan Peraduan Spritzer “Kelas Tersendiri”, peserta bersetuju dan terikat dengan sebarang perubahan sedemikian. Keputusan Chuan SIn Sdn Bhd adalah muktamad dan mutakhir. Sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.
- Peraduan Spritzer “Kelas Tersendiri” ini adalah terbuka kepada penduduk Malaysia yang mempunyai akaun awam Instagram dan Facebook sahaja.
- Pihak penganjur tidak akan menghantar sebarang maklum balas penerimaan untuk penyertaan yang diterima.
- Keputusan penganjur berkenaan dengan Peraduan Spritzer “Kelas Tersendiri” ini adalah muktamad dan mutakhir dan tiada surat-menyurat (lisan mahupun bertulis) akan dilayan.
- Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab untuk memberikan apa-apa sebab atau membuat sebarang surat-menyurat dengan mana-mana pihak ataupun peserta mengenai apa-apa perkara yang melibatkan Peraduan Spritzer “Kelas Tersendiri”.
2. Cara-cara Penyertaan
- Beli mana-mana produk Spritzer Sparkling daripada peruncit yang disenaraikan.
- Tangkap gambar dan pamerkan “Kelas Tersendiri” anda dengan Spritzer Sparkling.
- Ikuti akaun rasmi SpritzerSparklingMY kami di IG atau FB.
- Tetapkan akaun media sosial anda sebagai awam (public).
- Hantarkan posting anda di laman media sosial anda (FB atau IG) ataupun stories.
- Tag @SpritzerSparklingMY dan hashtag #KelasTersendiri sama ada di Instagram atau Facebook.
3. Tempoh Peraduan
- Tempoh Peraduan Spritzer “Kelas Tersendiri” akan mula dari 1 November hingga 31 Disember (11.59pm) dengan 61 hari secara keseluruhan.
- Tempoh Peraduan Spritzer “Kelas Tersendiri” yang dinyatakan adalah muktamad.
- Semua penyertaan hendaklah dihantar sebelum tarikh akhir yang dinyatakan.
- Semua penyertaan yang dihantar selepas tarikh akhir yang dinyatakan tidak akan dilayan.
4. Hadiah & Pemenang
- Peserta-peserta berpeluang untuk memenangi Hadiah Utama - 1x lawatan Limosin dan pengalaman “fine dining” bersama 8 rakan anda.
- 10x Hadiah Saguhati “fine dining” untuk sepasang (dua orang) akan diberikan kepada 10 peserta bertuah.
- Semua penyertaan akan dikumpul dan dipilih secara rawak pada akhir tarikh Peraduan Spritzer “Kelas Tersendiri”.
- Pengumuman pemenang akan diumumkan melalui akaun rasmi IG atau FB, “SpritzerSparklingMY” pada akhir tarikh Peraduan Spritzer “Kelas Tersendiri”.
- Hadiah yang diberikan tidak boleh ditukar atau dijual untuk wang tunai, kredit atau item lain dari segi sebahagian atau sepenuhnya dan tidak boleh dipindah milik kepada individu lain.
- Pemenang akan dihubungi melalui Private Message di Instagram ataupun Facebook. Sekiranya pihak penganjur tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh tujuh (7) hari, hadiah tersebut akan disimpan selama satu (1) bulan dari tarikh pengumuman pemenang. Sekiranya pihak penganjur tidak menerima sebarang jawapan daripada pemenang dalam tempoh satu (1) bulan, hadiah tidak lagi boleh dituntut.
- Chuan Sin Sdn Bhd tidak bertanggungjawab atas sebarang kegagalan untuk menghubungi mana-mana pihak pemenang akibat maklumat hubungan yang diberi oleh pemenang tidak sah.
- Chuan SIn Sdn Bhd tidak membuat sebarang waranti atau representasi yang berkenaan dengan hadiah dan tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah dan kerosakan padanya ataupan yang ditimbul daripadanya.
- Chuan Sin Sdn Bhd berhak untuk menggantikan hadiah tersebut dengan hadiah lain yang sama nilainya atau kurang.
- Pemenang dengan ini bersetuju dan tidak boleh tarik balik untuk memberi kebenaran kepada Chuan Sin Sdn Bhd untuk menerbitkan apa-apa perkara yang berkaitan dengan penyertaan anda. Ini termasuk dan tidak terhad kepada nama pemenang, temu bual dan gambar untuk tujuan pengiklanan dan promosi semasa dan masa untuk datang.
- Chuan Sin Sdn Bhd tidak bertanggungjawab terhadap ralat sambungan internet yang boleh menjejaskan Peraduan Spritzer “Kelas Tersendiri”.
5. Pemenang Hadiah Utama (Fine Dining & Lawatan Limosin)
- Pemenang hendaklah menunjukkan resit sebagai bukti pembelian semasa penebusan hadiah.
- Hanya seorang pemenang yang akan dipilih.
- Hadiah pemenang hanya dibenarkan untuk membawa maksimum 8 rakan untuk “fine dining dan lawatan limosin” (Jumlah 9 orang termasuk pemenang sendiri).
- Pememenang mestilah bersetuju untuk mengatur lawatan limosin bersama dengan fine dining pada hari yang sama semasa penebusan hadiah dalam tempoh (16 Jan hingga 28 Feb 2023).
- Penebusan tidak dibenarkan pada cuti umum dan sehari sebelum cuti umum.
- Penebusan hadiah (fine dining & limosin) hanya boleh digunakan di kawasan Lembah Klang / KL sahaja.
- Pihak Chuan Sin Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab untuk menguruskan pengangkutan anda untuk penebusan hadiah di Kuala Lumpur jika anda berada di luar kawasan Lembah Klang.
- Hak hadiah tidak boleh dipindah milik kepada pihak lain.
- Penebusan hadiah hanya boleh dibuat dalam tempoh 16 Jan hingga 27 Feb 2023.
- Pemenang mestilah bersetuju untuk terlibat sebagai sebarang bahan pemasaran (jika perlu), contoh - menyiarkan dalam media sosial peribadinya dan dilibatkan dalam iklan.
6. Hadiah Utama Lawatan Limosin
- Pemenang mestilah bersetuju dengan hanya satu tempat pertemuan untuk dijemput (pintu masuk utama KLCC) dan tempat fine dining sebagai tempat untuk diturunkan (stesen terakhir), atau tertakluk pada sebarang perubahan jika perlu.
- Pemenang mestilah bersetuju dengan tarikh dan masa yang tertentu untuk lawatan limosin dan fine dining selepas berkomunikasi dengan pihak Chuan Sin Sdn Bhd.
- Chuan Sin Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab ataupun melayan sebarang ketidaktepatan masa semasa menjemput pemenang dan hanya diberikan 10 minit tempoh penangguhan menunggu berdasarkan masa dan tarikh yang dipersetujui.
- Limosin hanya akan melawat sekitar KLCC sahaja dan permintaan untuk berhenti di lokasi yang berbeza akan tertakluk pada komunikasi antara pihak pemenang dan pengurusan limosin.
- Perjalanan tidak boleh melebihi 240 minit dari saat pengambilan hingga ke restoran.
- Chuan Sin Sdn Bhd berhak untuk memperuntukkan bilangan jam untuk lawatan limosin (minimum 4 jam).
- Chuan Sin Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan yang dibuat oleh anda semasa lawatan limosin.
- Sebarang caj tambahan dan permintaan terhadap limosin adalah antara pihak pemenang dan agensi perkhidmatan limosin. Pihak Chuan Sin Sdn Bhd tidak akan menanggung sebarang caj tambahan selain daripada bayaran sewaan limosin sahaja.
- Lawatan ini hanya boleh ditebus sekali sahaja dan tidak boleh dipecahkan pada berbilang perjalanan atau lawatan.
- Penebusan mesti dibuat sekali sahaja dan tidak boleh dibahagikan secara beberapa tempahan.
7. Hadiah Saguhati
Pemenang saguhati hanya boleh membawa seorang sahaja untuk fine dining (jumlah 2 orang termasuk pemenang)
8. Terma dan Syarat AM
- Pemenang mestilah menunjukkan resit sebagai bukti pembelian semasa penebusan hadiah.
- Tempat fine dining hanya akan berada di kawasan Lembah Klang / Kuala Lumpur sahaja.
- Pihak Chuan Sin Sdn Bhd tidak akan memberi sebarang pampasan untuk fine dining jika pihak pemenang membatalkan penempahan.
- Chuan Sin Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab untuk menguruskan pengangkutan anda untuk penebusan hadiah di KL jika anda berada di luar kawasan Lembah Klang.
- Penebusan fine dining akan diberi dalam format baucar yang dikeluarkan oleh restoran yang dilantik.
- Fine dining tidak akan mengandungi daging babi (pork-free) dan tidak semestinya disahkan halal.
- Penebusan tidak dibenarkan pada cuti umum dan sehari sebelum cuti umum.
- Penebusan hadiah hanya boleh dibuat dalam tempoh 16 Jan hingga 27 Feb 2023.
- Chuan Sin Sdn Bhd berhak untuk mengaturkan menu fine dining. Jika tidak, sebarang tambahan atau caj tambahan akan ditanggung oleh pihak pemenang.
- Pemenang mestilah bersetuju untuk berkomunikasi dengan restoran yang dipilih dengan baucar yang diberi untuk perbincangan jika ada alahan pemakanan, masa makan dan tempoh tarikh seperti yang dinyatakan pada baucar.
- Penebusan mesti dibuat sekali sahaja dan tidak boleh dibahagikan secara beberapa tempahan.
9. Liabiliti
Chuan Sin Sdn Bhd tidak bertanggungjawab atas:
- Sebarang masalah, kerosakan atau kehilangan dalam apa jua bentuk kepada mana-mana peserta Peraduan Spritzer “Kelas Tersendiri” atau wakil mereka yang diberi kuasa akibat penyertaan mereka dalam peraduan. Contoh - sebarang ralat (termasuklah ralat dalam pemberitahuan pemenang peraduan), peninggalan, gangguan, pemadaman, kecacatan, kelewatan operasi, atau penghantaran, kegagalan talian internet, kecurian, pemusnahan, atau akses tanpa kebenaran kepada penyertaan, masalah PC yang timbul sama ada semasa operasi ataupun penghantaran akibat daripada fungsi pelayan, virus, pepijat atau sebab lain yang diluar kawalan.
10. Kelayakan
Chuan Sin Sdn Bhd berhak secara budi bicara mutlaknya untuk membatalkan kelayakan sesiapa yang dianggap mengganggu proses penyertaan atau pengendalian Peraduan Spritzer “Kelas Tersendiri”. Sesiapa yang melanggar atau berpotensi melanggar terma dan syarat peraduan ini dan Syarat Perjanjian Penggunaan Chuan Sin Sdn Bhd, sebarang surat menyurat (lisan mahupun bertulis) tidak akan dilayan.
11. Penafian
Anda telah mengakui bahawa anda bersetuju dengan terma dan syarat ini apabila menyertai Peraduan Spritzer “Kelas Tersendiri” dengan memberikan Chuan Sin Sdn Bhd mengumpul, menggunakan dan memproses data peribadi anda mengikut nota privasi kami dan PDPA untuk tujuan berikut.
12. Terma dan Syarat Lain:
- Dengan menyertai Peraduan Spritzer “Kelas Tersendiri”, peserta bersetuju (i) untuk membenarkan Chuan Sin Sdn Bhd untuk menggunakan nama dan gambarnya sebagai bahan untuk tujuan pengiklanan, perdagangan dan publisiti dan (ii) untuk mendedahkan butir-butirnya kepada mana-mana penyedia pihak penyedia perkhidmatan ketiga dan rakan kongsi yang terlibat dengan pihak penganjur untuk tujuan peraduan dan mana-mana tinjauan pelanggan untuk lebih memahami tingkah laku pembelian peserta.
- Keputusan pihak penganjur mengenai semua perkara yang berkaitan dengan Peraduan Spritzer “Kelas Tersendiri” adalah muktamad dan mutakhir. Surat-menyurat (lisan mahupun bertulis) ataupun percubaan untuk mempertikaikan keputusan tersebut tidak akan dilayan.
- Dengan menyertai Peraduan Spritzer “Kelas Tersendiri”, anda juga mengakui bahawa promosi itu tidak disokong atau ditadbir oleh mahupun dikaitkan dengan Instagram atau Facebook.