Panaskan air Spritzer Sparkling. Setelah mendidih, tutup api dan masukkan bunga telang dan gula. Rendam selama 3-5 minit, tapis dan biarkan sejuk (pati bunga telang).
Hiris lemon untuk hiasan.
Sediakan jus lemon yang telah diperah.
Tuangkan separuh jus lemon ke dalam gelas.
Seterusnya, masukkan 100ml pati bunga telang.
Masukkan ketulan ais. Tambah 150ml air Spritzer Sparkling.
Penuhkan gelas dengan pati bunga telang dan hiaskan dengan hirisan lemon.