Panaskan 300ml air Spritzer Sparkling ke dalam periuk. Setelah mendidih, masukkan sagu. Hidupkan api ke sederhana dan didihkan selama 7-10 minit sehingga sagu menjadi lut sinar. Toskan dan rendam dalam air suhu bilik dan ketepikan.
Kisar mangga sehingga menjadi puri yang halus dan ketepikan.
Campurkan santan dengan susu pekat dan 200ml air Spritzer Sparkling ke dalam jag. Kacau susu pekat sehingga sebati (pati santan).
Masukkan separuh puri mangga, sagu dan ketulan ais ke dalam gelas.