Panaskan 75ml air mineral Spritzer di dalam periuk. Setelah mendidih, tuangkan 60ml ke dalam mangkuk kecil dan masukkan gula perang. Gaul sehingga larut sepenuhnya dan tapis. Ketepikan dan biarkan sejuk (sirap gula perang).
Dalam mangkuk, masukkan baki 15ml air mineral Spritzer yang telah dididihkan, gula putih dan kopi segera. Pukul selama 5-7 minit sehingga ia menjadi berbuih dengan pemukul atau pengadun elektrik. Ketepikan (Buih Dalgona).
Campurkan air kelapa, susu pekat, susu sejat dan air Spritzer Sparkling di dalam jag hingga sebati. (pati kelapa).
Masukkan sirap gula perang dalam gelas,
Seterusnya masukkan beberapa ketulan ais dan kemudian cendol pandan.
Tuangkan pati Kelapa sehingga mencapai separuh gelas.